Wednesday, 26 October 2011

Gaya Hidup Sihat

           Gaya hidup sihat amat penting untuk menjaga tahap kesihatan seseorang individu. Oleh sebab itu, amalan ini perlu dilakukan setiap masa bagi meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan diri. Sepanjang hayat, kita sering diingatkan pentingnya kesihatkan untuk diri kita. Dari kecil ibu bapa mengajar kita dengan kata-kata seperti "ah yang ini baik untuk kesihatan" atau "jangan merokok kerana ia membahayakan kesihatan". 


Makanan untuk Gaya Hidup Sihat



         Makanan yang berlainan membekalkan kombinasi tenaga dan nutrient seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan gentian yang berbeza. Kepelbagaian makanan yang diambil melalui diet yang seimbang dalam piramid makanan. Makanan yang diambil seharian sepatutnya dipilih lebih banyak daripada paras piramid paling bawah, manakala paling sedikit daripada puncak piramid makanan. Ini membantu menjamin keseimbangan pemakanan setiap individu. Keserdehanaan perlu diutamakan untuk mengelakkan daripada makan terlalu banyak. Panduan piramid makanan menyarankan jumlah yang boleh dimakan daripada setiap kumpulan makanan setiap hari untuk individu yang normal dan sihat. Bak pepatah Inggeris "We are what we eat". 



Bersukan dan Beriadah


         Selain pemakanan, bersukan atau beriadah juga adalah sebahagian daripada amalan gaya hidup sihat. Islam menggalakkan umatnya supaya menggamalkan aktiviti latihan jasmani yang bersesuaian dengan Islam. Ini bertepatan dengan saranan Saidina Umar R.A yang menggalakkan bersukan dan latihan jasmani:

Mafhumnya: ““Ajarlah anak kamu berenang, memanah dan menunggang kuda.”

          Senaman boleh dilakukan secara persendirian mahupun berkumpulan, tidak kira di mana sahaja mengikut keselesaan individu seperti di gim dan padang. Senaman boleh dilakukan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu selama 20 hingga 30 minit.


Klik sini untuk melihat senaman ringkas selama enam minit.


           Gaya hidup sihat tidak semestinya melibatkan pemakanan dan senaman yang sempurna semata-mata. Kita perlu hidup dalam keseimbangan fizikal, rohani, sosial dan mental.